Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?

Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.

Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.

Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.
Munculnya Dajjal, juga Ya'juj dan Ma'juj sebagai pertanda sudah dekatnya hari kiamat senantiasa menjadi pembicaraan hangat di kalangan kaum muslimin. Pasalnya, kemunculan kedua makhluk itu benar-benar misterius dan menjadi 'momok mengerikan' yang terbesar sepanjang zaman.

Siapakah Dajjal itu? Bagaimanakah bentuk fitnahnya? Benarkah fitnah atheisme, materialisme, dan upaya kaum Yahudi mendirikan negara Israel Raya di bumi Palestina termasuk bagian dari fitnah Dajjal? Juga, makhluk macam apakah Ya'juj dan Ma'juj itu? Apakah mereka berasal dari kalangan manusia atau bangsa jin? Bagaimana hakikat terbukanya benteng yang dibangun Dzulqornain untuk membendung laju Ya'juj dan Ma'juj? Benarkah mereka sudah muncul sekarang ini dan menjelma menjadi bangsa Cina, Rusia, Eropa, dan Amerika?

Buku ini memang lain daripada yang lain. Ditulis oleh Syaikh Abdurrohman As-Sa’di, seorang ulama ahlus sunnah yang memang memiliki pendapat 'agak aneh', bahwa 'tokoh-tokoh akhir zaman' itu saat ini sebenarnya sudah muncul di tengah-tengah kita dan fitnahnya telah begitu membelit kehidupan kita. Benarkah?

"Kemunculan Dajjal dan Ya'juj Ma'juj", tulisan Maulana Muhammad Ali. Buku ini telah diterbitkan oleh Pustaka Azhar, di mana ISBNnya ialah 985-40212-7-5.


Menurut penulis buku ini, dajjal disebut berulang-ulang di dalam hadith, sedangkan Ya'juj Ma'juj bukan saja di dalam hadith, malah di dalam al Quran juga. Kemunculan pertama Ya'juj Ma'juj ialah sewaktu zaman Zulkarnain (sila rujuk pada surah al Kahfi) manakala kemunculannya pada kali kedua dihubungkan dengan turunnya al Masih.


Menurut penulis buku ini, perkataan Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya menutup (sesuatu). Ada beberapa pendapat mengapa disebut dajjal. Antara lainnya ialah:

i) ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan

ii) ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar

iii) ia menutupi manusia dengan kekafiran

iv) ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi

v) ia menutupi dunia dengan barang dagangannya

vi) ia digelar dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya (yakni menutupi maksud yang sebenar dengan kata-kata palsu).


Penulis buku ini mengatakan, perkataan Ya'juj dan Ma'juj berasal dari kata ajij yang bererti nyala api. Ya'juj Ma'juj dibaratkan oleh penulis buku ini sebagai api menyala dan air bergelumang kerana hebatnya.


Rasulullah saw pernah mengatakan sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah al Kahfi dapat melindungi diri kita dari fitnah Dajjal. Menurut penulis buku ini ayat-ayat yang dimaksudkan tadi terang-terangan membicarakan tentang umat Nasrani dan dua aspek ancaman mereka, iaitu satu bersifat keagamaan manakala satu lagi bersifat keduniaan.


Menurut penulis buku ini, al Quran menyamakan Dajjal dengan Ya'juj Ma'juj. Mereka diberi nama berlainan kerana mempunyai fungsi yang berlainan. Mereka diberi nama Dajjal kerana perbuatan mereka ialah menipu orang dengan bahan keperluan hidup manakala nama Ya'juj Ma'juj pula adalah untuk menyatakan kekuatan politik dan militer mereka. Menurut penulis buku ini lagi, sewaktu al Quran diturunkan, Ya'juj Ma'juj sudah ada tetapi gerak geri mereka masih terkekang sampai saat tertentu yang sesudah itu, mereka akan terlepas untuk menguasai seluruh dunia.


Semua orang mengetahui, bangsa-bangsa Kristian ini mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang. Pada permulaan sejarah, mereka, membuang dunia untuk kepentingan agama manakala pada akhir zaman, mereka membuang agama untuk kepentingan dunia. Mereka diibaratkan dalam al Quran sebagai, "salah satu petanda kami (Allah) yang mengagumkan". (al Kahfi :9)


Kita diberitahu, setiap nabi telah memperingatkan umatnya mengenai fitnah Dajjal di mana tiada fitnah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal sejak terciptanya Adam hingga hari Kiamat. Dalam al Quran, disebut fitnah besar bagi manusia adalah ajaran Kristian tentang ketuhanan nabi Isa, suatu ajaran yang sebenarnya tidak pernah diajarkan oleh Nabi Isa (rujuk al Maa'idah: 116 - 117).


Pengarang ini cuba menganalisa tentang fitnah Dajjal yang dianggap fitnah yang paling besar di dunia dengan hadith yang menerangkan turunnya al Masih yang ditugaskan untuk membunuh Dajjal dan mematahkan kayu palang (yang sama ertinya dengan membunuh Dajjal). Jadi, pada pengarang buku ini, fitnah Dajjal dan berleluasanya agama Kristian adalah dua sebutan bagi satu idea yang sama.


Pengarang buku ini menafsirkan gambaran Dajjal itu berbadan sasa, roman mukanya putih, berkilat serta rambut kepalanya pendek dan ikal, sesuai sekali dengan orang Eropah pada umumnya. Pada pengarang, Dajjal menggambarkan suatu bangsa. Mata kanan Dajjal yang buta dan pada dahinya tertulis kaf, fa' dan ra' atau 'kafir', sebenarnya menggambarkan keadaan rohani Dajjal.


Buta mata kanan Dajjal membawa erti bahawa Dajjal terlampau memberi sedikit perhatian pada hal yang berhubungan dengan agama atau kerohanian, manakala mata kiri Dajjal yang bersinar gemerlapan bagaikan bintang bererti Dajjal mampu melihat segala macam-macam barang-barang duniawi... sebagaimana kita lihat realiti dunia akhir zaman ini bangsa-bangsa Nasrani mempunyai kemampuan merekacipta pelbagai benda. Kemajuan teknologi mereka merangkumi pelbagai aspek, termasuklah di dalam bidang perubatan, menepati kata-kata ar Rasul saw.


Mengenai dahi Dajjal yang tertulis 'kafir' pula, hadith menerangkan bahawa setiap mukmin dapat membaca tulisan itu sama ada ia buta huruf atau tidak, bermakna tulisan yang dimaksudkan bukanlah tulisan biasa, melainkan 'membaca' manifestasi perbuatan seseorang.


Pada hemat saya, buku ini adalah sebuah buku yang patut dibeli dan dibaca oleh setiap orang yang mengaku Muslim di mana buku ini telah diolah dengan begitu menarik dan mudah difahami. Banyaklah lagi yang diterangkan oleh pengarang tentang tafsiran yang dimaksudkan Rasulullah saw tanda-tanda Dajjal, apa yang dikatakan syurga dan neraka Dajjal, kepantasan kenderaan Dajjal di darat, laut dan udara, bagaimana kehebatan Dajjal mengeluarkan kekayaan bumi dan sebagainya. Setelah membaca buku ini, barulah jelas tentang beberapa istilah umpamanya, 'lautan hanya sedalam mata kaki Dajjal' merujuk tentang penggunaan kapal selam. Selama ini, sedari kecil, semua yang dibayangkan tentang Dajjal adalah rupa-rupanya tidak berapa tepat.


Antara fakta yang menarik di hujung buku ini ialah hakikat yang diterangkan kenapa akhirnya Dajjal dibunuh tetapi tidak Ya'juj Ma'juj. Padanlah dan terjawablah kemusykilan selama ini kenapa ar Rasul telah berkata bahawa makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.


Wallahu a'lam bissawab.

(Buku ini ada terjual di kedai-kedai buku di Dungun. Rugi benar jika tidak baca kerana ianya bersangkut paut dengan cabaran yang sedang kita tempohi di akhir zaman ini.)