Untuk menyampaikan dakwah pada Era Globalisasi - Era Kemajuan Sains dan Teknologi ini adalah menjadi satu perkara yang sukar kerana rata-rata umat telah mengenali Islam. Tetapi sayangnya ditahap manakah tahap pengetahuan yang menguatkan pegangan kita pada Islam?. Apa yang dapat dilihat, banyak tuntutan-tuntutan agama yang telah diabaikan samaada dalam perkara Fardhu Ain atau Fardhu Kifayah. Jika kita melihat dalam segala tuntutan Allah, banyak diantara kita, mengaku Islam atas dasar pengakuan sahaja tetapi pada HAKIKATNYA banyak tuntutan-tuntutan dan syarat-syarat yang tidak kita penuhkan untuk MENGESAHKAN kita sebagai Islam.

Atas SEBAB MUSABAB inilah perkara ini menjadi punca betapa sukarnya untuk menyampaikan dakwah Islam diakhir zaman.Sebab itulah Dakwah diakhir zaman ini memerlukan KEBIJAKSANAAN didalam apa jua tindakan, bentuk dan kaedah Dakwah yang akan disampaikan. Oleh itu untuk menyelaras dan mengimbangkan penyampaian Dakwah Islam maka ia memerlukan Cara dan Kaedah yang Sistematik maka inilah yang dikatakan ERA BIJAKSANA. Maka ini jugalah yang dikatakan SIASAH DAKWAH.

MENGAPA PERLUNYA SIASAH DAKWAH ATAU KEBIJAKSANAAN ?

Dalam Era Zaman yang dikatakan zaman sains dan teknologi kebendaan ini, rata-rata manusia samada Islam atau kafir lebih cenderung kepada kebendaan atau mengejar kemajuan dunia. Sebagai jalan yang terbaik untuk menyelamatkan umat maka dengan sebab itulah dakwah pada Era Akhir Zaman didalam Syariat Muhammad SAW ini Nabi menyampaikan mengikut gugusan bangsa. Maka diatas sebab itulah pentingnya kita mengenali Usul Bangsa.

USUL BANGSA MELAYU

Sebagai meneruskan kesinambungan yang Allah pilih sebagai Bangsa Pendokong Agama maka pilihan yang Allah tentukan adalah berdasarkan Nutfah Keturunan serta Asal Usul sesuatu bangsa. Sesungguhnya bumi Melayu adalah salah satu bumi pilihan Allah selain bumi Mekah kerana bumi Melayu ada Terengganu Darul Iman . Nutfah ertinya BAKA atau KETURUNAN. Baka Melayu adalah BAKA AGAMA. Pada salasilahnya keturunan dan Asal Usulnya ialah:

1. Nabi Nuh as

2. Yaspid (anak Nabi Nuh yang selamat ketika banjir)

3. Nabi Ibrahim as

4. Jawiyah/Qatura (Isteri Nabi Ibrahim as yang ke 3)

5. Jawi (era Nabi Ibrahim)

6. Melayu (era Tamim Habibud Dari)

Untuk mengkisahkan perjalanan Bangsa Melayu didalam mengharungi pelbagai rintangan dan halangan untuk bangkit sebagai bangsa yang kuat dan mempunyai ketamadunan sendiri satu masa dahulu maka Allah telah mentakdirkan Bangsa Melayu juga mempunyai karya yang tersendiri yang menghasilkan kitabnya yang agung dan tersendiri iaitu:

1. Hikayat Tamim Habibud Dari (Terengganu Darul Iman) - Usul Iman

2. Hikayat Merong Mahawangsa (Kedah Darul Aman)- Usul Bangsa Memartabatkan

Agama

3. Misa Melayu (Perak Darul Ridzuan) – Usul Raja/Peranan Memaruah Bangsa

4. Salatus Salatin (Melaka Darus Salam) - Kesinambungan Warisan Bangsa

● Tujuan penulisan Kitab Melayu oleh orang terdahulu adalah untuk menjadikan panduan kita hari ini tentang ketamadunan dan identiti bangsa. Tetapi sayangnya tidak ramai ulama dan cendikiawan yang mengkaji untuk diterjemahkan Kitab-kitab ini didalam rangka sudut untuk membangunkan bangsa untuk kali ke 2. Kesan daripada itu menjadikan Bangsa Melayu hari ini hilang arah dan identiti diri dan bangsa sendiri.

● Dari kesilapan tersebut menjadikan Bangsa Melayu bangun, berdiri dan berjalan

dengan tidak lagi mengikut acuan Melayu Sejati. Samaada aspek pemikiran, budaya

dan corak hidup tidak lagi sehala dengan dengan Identiti Melayu.

● Sebab itulah pada hari ini Bangsa Melayu menuju kepada kemusnahan kerana Melayu hilang arah kehidupannya kerana tidak mengenali dengan sebenar identiti Bangsa sendiri. Sebab itulah ramai yang menciplak identiti pemikiran, budaya dan corak hidup bangsa lain yang belum tentu ketamadunannya seperti yahudi, nasrani dan majusi yang mana mereka inilah dipimpin oleh pemimpin besar mereka iaitu DAJJAL. Dan pimpinanDajjal inilah yang melahirkan bangsa YAKJUJ dan MAKJUJ.

Dalam menyusun peranan sebagai Bangsa Pendokong Agama maka melalui amalan

amalan yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad maka lahirlah sifat - sifat yang menjadi Jati Diri Bangsa Melayu iaitulah yang dikatakan Budaya Melayu seperti :

Budaya yang lahir didalam Budaya yang diamalakan oleh Bangsa Melayu adalah budaya yang dilahirkan dari budaya agama yang mencerminkan pemikiran dan pegangan hidup orang Melayu iaitu BerTERASkan AlQuran dan Sunnah Nabi saw. Budaya inilah yang telah mengangkat Martabat Agama dan Maruah Bangsa Melayu.

Secara amnya BUDAYA Melayu adalah seperti berikut:

(1) SOPAN - berteraskan Kasih hingga melahirkan apa yang dinamakan SYAIR yang

menjadi alat untuk menyampaikan Rasa Kasih Sesama Islam

(2) SANTUN - berteraskan kemurahan dalam perhubungan. Atas kemurahan inilah

melahirkan PANTUN sebagai alat menyatakan hubungan, menyampaikan sesuatu

hajat atau maksud.

Tujuannya ialah supaya si pendengar tidak merasa tersinggung atau berkecil hati.

(3) LEMAH - berteraskan sifat MURID hingga melahirkan GURINDAM

(4) LEMBUT - pada JEMAAH melahirkan SELOKA

Maka melalui amalan yang menjadi Budaya Bangsa Melayu inilah yang dapat menzahir ,menjaya dan menyatakan Perjuangan Melayu yang mencerminkan pemikiran dan pegangan hidup orang Melayu BerTERASkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw.

Di dalam rangka Perjuangan Melayu yang telah menjadi Tulang Belakang sehingga

mengangkat Martabat Agama dan Maruah Bangsa Melayu sebagai Bangsa Pendokong Agama ianya berpaksikan kepada 4 fungsi utama yang disebutkan juga sebagai PERJUANGAN MELAYU.Maka pecahan kepada perjuangan ini ialah:

1. Mendaulatkan Raja - untuk memudahkan usaha atas Iman

2. Memartabatkan Agama - untuk memudahkan usaha meninggikan Syiar Islam.

3. Memaruahkan Bangsa - untuk memudahkan bagi mengerakkan Peranan Bangsa.

4. Kesinambungan Umat - Perjuangan demi usaha kesinambungan Agama untuk

di wariskan kepada umat.

Maka diatas susunan fungsi - fungsi tersebutlah maka lahirlah Peranan yang telah di

laksanakan oleh setiap umat Bangsa Melayu untuk mengangkat Martabat Agama dan Maruah Bangsa Melayu iaitu :

1. Ameer

2. Ulama'

3. Makmum

4. Pendekar

Di dalam Penyebaran Agama Islam keseluruh Nusantara. Dari peranan inilah

Bangsa Melayu mempunyai tokoh-tokoh besar dalam Dunia Islam mengikut

kategori berikut:

(1) Ameer

(a) Berasal dari perkataan Amri(Raja). Raja Yang Amri pertama dari Bangsa Melayu ialah Merah Silu (Sultan Malikus Soleh). Orang dari Terengganulah yang telah berusaha mencari baginda untuk dinobatkan sebagai Raja bagi Orang Melayu (Rujuk Sejarah Melayu@ Misa Melayu)

(b) Selepas itu Institusi Raja berlanjutan sehingga ratusan tahun. Alam Melayu ada Amri Yang Quddus lagi Muktabar seperti:

1. Sultan Megat Muhammad Syah(Parameswara)

2. Sultan Muzaffar Syah Kedah(Pra Ong Mahapudisat) - Sultan 1

3. Sultan Alauddin Riayat Syah

4. Sultan Mahmud Syah

(2) Ulama '

● Selain Bangsa Arab, Bangsa Melayu juga banyak melahirkan Ulama-ulama Islam yang Muktabar dizaman kegemilangan Melayu seperti:

1. Sheikh Sherif Muhammad Al Baghdadi - (Tok Ayah)

2. Sheikh Abdullah Qahar bin Syed Qadha - (Tok Ku Pauh)

3. Maulana Malik Ibrahim - (Sunan Bonang)

4. Raden Fatehila - (Sunan Gunung Jati)

5. Muhammad Saig - (Sunan Kali Jaga)

6. Raden Rahmat - (Sunan Ampel)

7. Sheikh Abdul Malik bin Abdullah - (Tok Ku Pulau Manis)

8. Syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad - (Tok Ku Paloh)

9. Hamzah Fansuri

10. Sheikh Abdul Samad Al Palembangi

11. Sheikh Shamsudin Sumatrani

12. Sheikh Abdullah Al Fatanni

13. Sheikh Daud Al Fatanni

14. Tok Kenali

15. Tok Ku Tuan Besar

Juga di nyatakan bahawa sebagai Bangsa Melayu Pendokong Agama yakni salah satu bangsa yang terpilih Pemegang Amanah Agama, Alam Melayu juga mempunyai Ulama Besar(Wali Besar) di peringkat Alam Kabir di peringkat Roh Mujahid dan mengikut halaqah masing-masing iaitu :

1. Syarif Muhammad - (Tok Ayah)

2. Sheikh Abdullah - (Tok Ku Pauh)

3. Sheikh Abd Malek - (Tok Ku Pulau Manis)

4. Syed Abd Rahman - (Tok Ku Paloh)

Halqah yang menghias Alam Kabir adalah seperti di bawah:

Halqah Arasy Halqah Qalam Halqah Luh Mahfuz Halqah Kursy

Jibrail Mikail Israfil Izrael

Noh Ibrahim Musa Isa

Abu Bakar Omar Osman Ali

Tamim Ad Dari Ghazali S. A . Qadir Jailani Mahdi

Syarif Muhammad Sheikh Abdullah Sheikh Abd Malek Syed Abd Rahman

(Tok Ayah) (Tok Ku Pauh) (Tok Ku Pulau Manis) (Tok Ku Paloh)

(3) Makmum

Bererti Rakyat Jelata yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Hidup Berlandaskan kepada Prinsip dan Piagam Madinah. Alam Melayu menggunakan Al Quran dan As Sunnah sebagai Sumber Rukun Hidup beragama.Hasil dari Rukun Hidup beragama ini telah menyatukan seluruh rakyat jelata. Dengan Teras Al Quran dan As Sunnah telah melahirkan struktur pentadbiran yang lengkap dan disebut TAKHTA yang di dalamnya terkandung PIAGAM dan PERLEMBAGAAN tentang:

1. Usuluddin (Pemegang Kuasa Dalam Agama)

2. Perhubungan dan Perancangan Hidup

3. Pendidikan dan Kebajikan

4. Khidmat dan Kerjaraya

5. Penepatan dan Perumahan

6. Khazanah Negara

7. Pertahanan

8. Perpaduan

9. Pembangunan Negara

10. Sumber Tenaga

Maka setiap Makmum adalah Nadi Penggerak kepada fungsi setiap Syu'bah yang

dinyatakan diatas. Didalam sejarah perkembangan Bangsa Melayu kita dapati ramai nama besar yang menonjol didalam melaksanakan tugas-tugas tersebut. Seperti

Bendahara Tun Perak dll.

(4) Pendekar

Alam Melayu juga tidak terlepas dari pandangan jahat musuh. Jika dizaman Rasulullah saw Islam dimusuhi oleh 2 kuasa besar seperti Rom dan Farsi maka zaman Melayu pula ialah Sri Vijaya(Jawa) dan Majapahit. Dizaman Rasulullah saw Islam dikuatkan dengan Pendekar yang hebat seperti :

1. Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib

2. Sayidina Umar bin AlKhattab

3. Sayidina Ali bin Abu Talib

4. Khalid bin AlWalid

Maka Alam Melayu ada Pendekar Terbilang seperti:

1. Laksamana Hang Tuah

2. Laksamana Koja Hassan

3. Hang Nadim

4. Raja Haji

5. Dol Said

6. Tok Bahaman

7. Tok Janggut

Keseluruhan peranan yang dimainkan oleh Melayu menjadikan Melayu sebagai ULAMA pada amnya.

Dinyatakan bahawa pada keseluruhan Bangsa Pendokong Agama, salasilah pada Titisan/ Keturunan Bangsa Pendokong Agama adalah seperti berikut:

1. Nuh as >Sham >Ibrahim as >Ismail as >Arab

2. Nuh as >Yaspid >Ibrahim as >Jawiyah >Jawi >Melayu

3. Nuh as >Ham >Ibrahim as >Ishak as >Musa as >Yahudi >Afrika

4. Nuh as >Sham >Ibrahim as. >Imran >Isa as >Farsi/Khurasan

Kemudian pembahagian peranan pada keseluruhannya dalam peringkat dunia adalah seperti berikut :

1. Bangsa Arab - Ameer

2. Bangsa Melayu - Ulama

3. Bangsa Afrika - Makmum

4. Bangsa Farsi - Pendekar/Pahlawan

Keseluruhannya untuk membangunkan semula Bangsa Melayu untuk kembali mengilap kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang mestilah dengan kembali kepada acuan yang telahpun ditempa oleh orang-orang yang terdahulu. Kembali dengan mengikut Arah yang sebenar sesuai dengan matlamat sebab manusia dijadikan. Setiap diri mestilah membetulkan semula Niat - Maksud - Fikir dan Matlamat untuk menyempurnakan AMANAH yang di pertanggungjawab kepada setiap diri. Kembali dengan mengikut susunan, aturan dan undang-undang HIDUP maka inilah yang di namakan TERTIB.

Oleh itu didalam usaha untuk merangka semula kebangkitan bagi memartabatkan

Agama dan mendaulatkan Bangsa Melayu maka caranya adalah sama sepertimana

zaman kegemilangan Bangsa Melayu zaman Kesultanan Melaka.

Keseluruhannya untuk membangunkan semula Bangsa Melayu supaya kembali mengilap kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang sudah semestinya bermula dengan ILMU.Maka Ilmu itu pula mestilah mengikut keutamaan dan susunannya. Keutamaan dan susunan inilah yang disebut TERTIB. Susunan dan Tertib Hidup inilah yang dimaksudkan Agama. Tertib inilah yang menjadi punca kepada kejayaan Bangsa Melayu satu masa dahulu.Tertib di dalam perbentangan ilmu dinamakan Syarah Raqim(Pembimbing). Syarah Raqim ini menyentuh soal USUL yang berteraskan Al Quran, Sunnah dan Sirah. Pembahagiannya adalah :

1. Usul Kejadian

2. Usul Dakwah

3. Usul Ilmu

4. Usul Solat

5. Usul Bertemu Rasul

6. Usul Menjemput Rasul (Ehsan Rasulullah)

7. Usul Dampingan (Ashabul Nuzul)

8. Usul Pimpinan (Usul Aqidah).

Sama2 kita memikir/ berusaha/ untuk membangunkan semula Bangsa yang tercinta


Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.

1.Rasulullah bersabda yang mafhumnya:

Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar kata Rasulullah.

2.Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya:

Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

3.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:

Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

4.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:

Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.

5.Sabda Rasulullah yang mafhumnya:

Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

6.Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya:

Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar – ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

7.Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya:

Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.

Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.

Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita. InsyaAllah..