Untuk menyampaikan dakwah pada Era Globalisasi - Era Kemajuan Sains dan Teknologi ini adalah menjadi satu perkara yang sukar kerana rata-rata umat telah mengenali Islam. Tetapi sayangnya ditahap manakah tahap pengetahuan yang menguatkan pegangan kita pada Islam?. Apa yang dapat dilihat, banyak tuntutan-tuntutan agama yang telah diabaikan samaada dalam perkara Fardhu Ain atau Fardhu Kifayah. Jika kita melihat dalam segala tuntutan Allah, banyak diantara kita, mengaku Islam atas dasar pengakuan sahaja tetapi pada HAKIKATNYA banyak tuntutan-tuntutan dan syarat-syarat yang tidak kita penuhkan untuk MENGESAHKAN kita sebagai Islam.

Atas SEBAB MUSABAB inilah perkara ini menjadi punca betapa sukarnya untuk menyampaikan dakwah Islam diakhir zaman.Sebab itulah Dakwah diakhir zaman ini memerlukan KEBIJAKSANAAN didalam apa jua tindakan, bentuk dan kaedah Dakwah yang akan disampaikan. Oleh itu untuk menyelaras dan mengimbangkan penyampaian Dakwah Islam maka ia memerlukan Cara dan Kaedah yang Sistematik maka inilah yang dikatakan ERA BIJAKSANA. Maka ini jugalah yang dikatakan SIASAH DAKWAH.

MENGAPA PERLUNYA SIASAH DAKWAH ATAU KEBIJAKSANAAN ?

Dalam Era Zaman yang dikatakan zaman sains dan teknologi kebendaan ini, rata-rata manusia samada Islam atau kafir lebih cenderung kepada kebendaan atau mengejar kemajuan dunia. Sebagai jalan yang terbaik untuk menyelamatkan umat maka dengan sebab itulah dakwah pada Era Akhir Zaman didalam Syariat Muhammad SAW ini Nabi menyampaikan mengikut gugusan bangsa. Maka diatas sebab itulah pentingnya kita mengenali Usul Bangsa.

USUL BANGSA MELAYU

Sebagai meneruskan kesinambungan yang Allah pilih sebagai Bangsa Pendokong Agama maka pilihan yang Allah tentukan adalah berdasarkan Nutfah Keturunan serta Asal Usul sesuatu bangsa. Sesungguhnya bumi Melayu adalah salah satu bumi pilihan Allah selain bumi Mekah kerana bumi Melayu ada Terengganu Darul Iman . Nutfah ertinya BAKA atau KETURUNAN. Baka Melayu adalah BAKA AGAMA. Pada salasilahnya keturunan dan Asal Usulnya ialah:

1. Nabi Nuh as

2. Yaspid (anak Nabi Nuh yang selamat ketika banjir)

3. Nabi Ibrahim as

4. Jawiyah/Qatura (Isteri Nabi Ibrahim as yang ke 3)

5. Jawi (era Nabi Ibrahim)

6. Melayu (era Tamim Habibud Dari)

Untuk mengkisahkan perjalanan Bangsa Melayu didalam mengharungi pelbagai rintangan dan halangan untuk bangkit sebagai bangsa yang kuat dan mempunyai ketamadunan sendiri satu masa dahulu maka Allah telah mentakdirkan Bangsa Melayu juga mempunyai karya yang tersendiri yang menghasilkan kitabnya yang agung dan tersendiri iaitu:

1. Hikayat Tamim Habibud Dari (Terengganu Darul Iman) - Usul Iman

2. Hikayat Merong Mahawangsa (Kedah Darul Aman)- Usul Bangsa Memartabatkan

Agama

3. Misa Melayu (Perak Darul Ridzuan) – Usul Raja/Peranan Memaruah Bangsa

4. Salatus Salatin (Melaka Darus Salam) - Kesinambungan Warisan Bangsa

● Tujuan penulisan Kitab Melayu oleh orang terdahulu adalah untuk menjadikan panduan kita hari ini tentang ketamadunan dan identiti bangsa. Tetapi sayangnya tidak ramai ulama dan cendikiawan yang mengkaji untuk diterjemahkan Kitab-kitab ini didalam rangka sudut untuk membangunkan bangsa untuk kali ke 2. Kesan daripada itu menjadikan Bangsa Melayu hari ini hilang arah dan identiti diri dan bangsa sendiri.

● Dari kesilapan tersebut menjadikan Bangsa Melayu bangun, berdiri dan berjalan

dengan tidak lagi mengikut acuan Melayu Sejati. Samaada aspek pemikiran, budaya

dan corak hidup tidak lagi sehala dengan dengan Identiti Melayu.

● Sebab itulah pada hari ini Bangsa Melayu menuju kepada kemusnahan kerana Melayu hilang arah kehidupannya kerana tidak mengenali dengan sebenar identiti Bangsa sendiri. Sebab itulah ramai yang menciplak identiti pemikiran, budaya dan corak hidup bangsa lain yang belum tentu ketamadunannya seperti yahudi, nasrani dan majusi yang mana mereka inilah dipimpin oleh pemimpin besar mereka iaitu DAJJAL. Dan pimpinanDajjal inilah yang melahirkan bangsa YAKJUJ dan MAKJUJ.

Dalam menyusun peranan sebagai Bangsa Pendokong Agama maka melalui amalan

amalan yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad maka lahirlah sifat - sifat yang menjadi Jati Diri Bangsa Melayu iaitulah yang dikatakan Budaya Melayu seperti :

Budaya yang lahir didalam Budaya yang diamalakan oleh Bangsa Melayu adalah budaya yang dilahirkan dari budaya agama yang mencerminkan pemikiran dan pegangan hidup orang Melayu iaitu BerTERASkan AlQuran dan Sunnah Nabi saw. Budaya inilah yang telah mengangkat Martabat Agama dan Maruah Bangsa Melayu.

Secara amnya BUDAYA Melayu adalah seperti berikut:

(1) SOPAN - berteraskan Kasih hingga melahirkan apa yang dinamakan SYAIR yang

menjadi alat untuk menyampaikan Rasa Kasih Sesama Islam

(2) SANTUN - berteraskan kemurahan dalam perhubungan. Atas kemurahan inilah

melahirkan PANTUN sebagai alat menyatakan hubungan, menyampaikan sesuatu

hajat atau maksud.

Tujuannya ialah supaya si pendengar tidak merasa tersinggung atau berkecil hati.

(3) LEMAH - berteraskan sifat MURID hingga melahirkan GURINDAM

(4) LEMBUT - pada JEMAAH melahirkan SELOKA

Maka melalui amalan yang menjadi Budaya Bangsa Melayu inilah yang dapat menzahir ,menjaya dan menyatakan Perjuangan Melayu yang mencerminkan pemikiran dan pegangan hidup orang Melayu BerTERASkan Al Quran dan Sunnah Nabi saw.

Di dalam rangka Perjuangan Melayu yang telah menjadi Tulang Belakang sehingga

mengangkat Martabat Agama dan Maruah Bangsa Melayu sebagai Bangsa Pendokong Agama ianya berpaksikan kepada 4 fungsi utama yang disebutkan juga sebagai PERJUANGAN MELAYU.Maka pecahan kepada perjuangan ini ialah:

1. Mendaulatkan Raja - untuk memudahkan usaha atas Iman

2. Memartabatkan Agama - untuk memudahkan usaha meninggikan Syiar Islam.

3. Memaruahkan Bangsa - untuk memudahkan bagi mengerakkan Peranan Bangsa.

4. Kesinambungan Umat - Perjuangan demi usaha kesinambungan Agama untuk

di wariskan kepada umat.

Maka diatas susunan fungsi - fungsi tersebutlah maka lahirlah Peranan yang telah di

laksanakan oleh setiap umat Bangsa Melayu untuk mengangkat Martabat Agama dan Maruah Bangsa Melayu iaitu :

1. Ameer

2. Ulama'

3. Makmum

4. Pendekar

Di dalam Penyebaran Agama Islam keseluruh Nusantara. Dari peranan inilah

Bangsa Melayu mempunyai tokoh-tokoh besar dalam Dunia Islam mengikut

kategori berikut:

(1) Ameer

(a) Berasal dari perkataan Amri(Raja). Raja Yang Amri pertama dari Bangsa Melayu ialah Merah Silu (Sultan Malikus Soleh). Orang dari Terengganulah yang telah berusaha mencari baginda untuk dinobatkan sebagai Raja bagi Orang Melayu (Rujuk Sejarah Melayu@ Misa Melayu)

(b) Selepas itu Institusi Raja berlanjutan sehingga ratusan tahun. Alam Melayu ada Amri Yang Quddus lagi Muktabar seperti:

1. Sultan Megat Muhammad Syah(Parameswara)

2. Sultan Muzaffar Syah Kedah(Pra Ong Mahapudisat) - Sultan 1

3. Sultan Alauddin Riayat Syah

4. Sultan Mahmud Syah

(2) Ulama '

● Selain Bangsa Arab, Bangsa Melayu juga banyak melahirkan Ulama-ulama Islam yang Muktabar dizaman kegemilangan Melayu seperti:

1. Sheikh Sherif Muhammad Al Baghdadi - (Tok Ayah)

2. Sheikh Abdullah Qahar bin Syed Qadha - (Tok Ku Pauh)

3. Maulana Malik Ibrahim - (Sunan Bonang)

4. Raden Fatehila - (Sunan Gunung Jati)

5. Muhammad Saig - (Sunan Kali Jaga)

6. Raden Rahmat - (Sunan Ampel)

7. Sheikh Abdul Malik bin Abdullah - (Tok Ku Pulau Manis)

8. Syed Abdul Rahman bin Syed Muhammad - (Tok Ku Paloh)

9. Hamzah Fansuri

10. Sheikh Abdul Samad Al Palembangi

11. Sheikh Shamsudin Sumatrani

12. Sheikh Abdullah Al Fatanni

13. Sheikh Daud Al Fatanni

14. Tok Kenali

15. Tok Ku Tuan Besar

Juga di nyatakan bahawa sebagai Bangsa Melayu Pendokong Agama yakni salah satu bangsa yang terpilih Pemegang Amanah Agama, Alam Melayu juga mempunyai Ulama Besar(Wali Besar) di peringkat Alam Kabir di peringkat Roh Mujahid dan mengikut halaqah masing-masing iaitu :

1. Syarif Muhammad - (Tok Ayah)

2. Sheikh Abdullah - (Tok Ku Pauh)

3. Sheikh Abd Malek - (Tok Ku Pulau Manis)

4. Syed Abd Rahman - (Tok Ku Paloh)

Halqah yang menghias Alam Kabir adalah seperti di bawah:

Halqah Arasy Halqah Qalam Halqah Luh Mahfuz Halqah Kursy

Jibrail Mikail Israfil Izrael

Noh Ibrahim Musa Isa

Abu Bakar Omar Osman Ali

Tamim Ad Dari Ghazali S. A . Qadir Jailani Mahdi

Syarif Muhammad Sheikh Abdullah Sheikh Abd Malek Syed Abd Rahman

(Tok Ayah) (Tok Ku Pauh) (Tok Ku Pulau Manis) (Tok Ku Paloh)

(3) Makmum

Bererti Rakyat Jelata yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Hidup Berlandaskan kepada Prinsip dan Piagam Madinah. Alam Melayu menggunakan Al Quran dan As Sunnah sebagai Sumber Rukun Hidup beragama.Hasil dari Rukun Hidup beragama ini telah menyatukan seluruh rakyat jelata. Dengan Teras Al Quran dan As Sunnah telah melahirkan struktur pentadbiran yang lengkap dan disebut TAKHTA yang di dalamnya terkandung PIAGAM dan PERLEMBAGAAN tentang:

1. Usuluddin (Pemegang Kuasa Dalam Agama)

2. Perhubungan dan Perancangan Hidup

3. Pendidikan dan Kebajikan

4. Khidmat dan Kerjaraya

5. Penepatan dan Perumahan

6. Khazanah Negara

7. Pertahanan

8. Perpaduan

9. Pembangunan Negara

10. Sumber Tenaga

Maka setiap Makmum adalah Nadi Penggerak kepada fungsi setiap Syu'bah yang

dinyatakan diatas. Didalam sejarah perkembangan Bangsa Melayu kita dapati ramai nama besar yang menonjol didalam melaksanakan tugas-tugas tersebut. Seperti

Bendahara Tun Perak dll.

(4) Pendekar

Alam Melayu juga tidak terlepas dari pandangan jahat musuh. Jika dizaman Rasulullah saw Islam dimusuhi oleh 2 kuasa besar seperti Rom dan Farsi maka zaman Melayu pula ialah Sri Vijaya(Jawa) dan Majapahit. Dizaman Rasulullah saw Islam dikuatkan dengan Pendekar yang hebat seperti :

1. Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib

2. Sayidina Umar bin AlKhattab

3. Sayidina Ali bin Abu Talib

4. Khalid bin AlWalid

Maka Alam Melayu ada Pendekar Terbilang seperti:

1. Laksamana Hang Tuah

2. Laksamana Koja Hassan

3. Hang Nadim

4. Raja Haji

5. Dol Said

6. Tok Bahaman

7. Tok Janggut

Keseluruhan peranan yang dimainkan oleh Melayu menjadikan Melayu sebagai ULAMA pada amnya.

Dinyatakan bahawa pada keseluruhan Bangsa Pendokong Agama, salasilah pada Titisan/ Keturunan Bangsa Pendokong Agama adalah seperti berikut:

1. Nuh as >Sham >Ibrahim as >Ismail as >Arab

2. Nuh as >Yaspid >Ibrahim as >Jawiyah >Jawi >Melayu

3. Nuh as >Ham >Ibrahim as >Ishak as >Musa as >Yahudi >Afrika

4. Nuh as >Sham >Ibrahim as. >Imran >Isa as >Farsi/Khurasan

Kemudian pembahagian peranan pada keseluruhannya dalam peringkat dunia adalah seperti berikut :

1. Bangsa Arab - Ameer

2. Bangsa Melayu - Ulama

3. Bangsa Afrika - Makmum

4. Bangsa Farsi - Pendekar/Pahlawan

Keseluruhannya untuk membangunkan semula Bangsa Melayu untuk kembali mengilap kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang mestilah dengan kembali kepada acuan yang telahpun ditempa oleh orang-orang yang terdahulu. Kembali dengan mengikut Arah yang sebenar sesuai dengan matlamat sebab manusia dijadikan. Setiap diri mestilah membetulkan semula Niat - Maksud - Fikir dan Matlamat untuk menyempurnakan AMANAH yang di pertanggungjawab kepada setiap diri. Kembali dengan mengikut susunan, aturan dan undang-undang HIDUP maka inilah yang di namakan TERTIB.

Oleh itu didalam usaha untuk merangka semula kebangkitan bagi memartabatkan

Agama dan mendaulatkan Bangsa Melayu maka caranya adalah sama sepertimana

zaman kegemilangan Bangsa Melayu zaman Kesultanan Melaka.

Keseluruhannya untuk membangunkan semula Bangsa Melayu supaya kembali mengilap kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang sudah semestinya bermula dengan ILMU.Maka Ilmu itu pula mestilah mengikut keutamaan dan susunannya. Keutamaan dan susunan inilah yang disebut TERTIB. Susunan dan Tertib Hidup inilah yang dimaksudkan Agama. Tertib inilah yang menjadi punca kepada kejayaan Bangsa Melayu satu masa dahulu.Tertib di dalam perbentangan ilmu dinamakan Syarah Raqim(Pembimbing). Syarah Raqim ini menyentuh soal USUL yang berteraskan Al Quran, Sunnah dan Sirah. Pembahagiannya adalah :

1. Usul Kejadian

2. Usul Dakwah

3. Usul Ilmu

4. Usul Solat

5. Usul Bertemu Rasul

6. Usul Menjemput Rasul (Ehsan Rasulullah)

7. Usul Dampingan (Ashabul Nuzul)

8. Usul Pimpinan (Usul Aqidah).

Sama2 kita memikir/ berusaha/ untuk membangunkan semula Bangsa yang tercinta


Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.

1.Rasulullah bersabda yang mafhumnya:

Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar kata Rasulullah.

2.Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya:

Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

3.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:

Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blok oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991.

4.Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya:

Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah. Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya.

5.Sabda Rasulullah yang mafhumnya:

Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati. Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad). Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

6.Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya:

Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar – ibu segala peperangan. Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia. Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang.

7.Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya:

Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.

Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biologi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman.

Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan-kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita. InsyaAllah..






image Bagi seorang mukmin keyakinan akan datangnya hari kehancuran alam semesta merupakan sesuatu yang tidak bisa ditawar, ia merupakan janji Allah yang Maha Benar. Al Our an dan Sunnah, yang shahih telah menjelaskan sedemikian detailnya tentang peristiwa peristiwa akhir zaman yang akan dilalui manusia.

Sungguh telah kufur pemikiran yang menafikan Imam Mahdi, Dajjal, Turunnya Isa, Ya’juj dan Ma’juj dan Asyratus Sa’ah lainnya. Para salaf tidak ada yang menakwilkan hadits hadits shahih tersebut dengan ta’wil bathil. Ia merupakan peristiwa yang paling dahsyat dan luar biasa penuh dengan fitnah besar, peperangan massal, penghancuran dan pembinasaan. Hingga manusia yang mengalaminya akan lebih memilih kematian daripada hidup di tengah fitnah. Kalaulah bukan janji pasti dari Rasul Al Musthafa Muhammad dengan datangnya Imam Mahdi yang dinantikan yang akan memenuhi bumi dengan keadilan, kedamaian dan kemenangan niscaya perut bumi ini lebih baik dari punggungnya.

Para ulama berbeda pendapat tentang urutan tanda-tanda kiamat Kubra. Urutan di bawah ini merupakan hasil kompromi dari tulisan Syaikh Yusuf bin Abdillah bin Yusuf Al Wabil dalam kitab Asyratus Sa’ah dan pendapat Amin Jamaluddin dalam Kitab Umur Umat Islam. (Lihat tanda tanda Kiamat oleh Syaikh Yusuf bin Abdullah al Wabil, halaman 185).

Tanda-tanda hari kiamat itu bagaikan marjan-marjan yang disusun (dirangkai) dengan kawat (kabel). Bila kabel itu putus, maka sebagian mengikuti sebagiannya.(Musnad Almad 12: 6-7).

Sebelum terjadinya Asyratus Sa’ah Al Kubra (Tanda-tanda Kiamat Besar), Rasulullah saw. menceritakan beberapa tanda-tanda kecil lainnya yang telah terjadi, di antaranya:

  • Penaklukan Baitul Maqdis,

  • Menyebarnya penyakit Thaun di Anwas,

  • Terjadinya berbagai macam fitnah,

  • Menyebarnya perjudian, arak, zina, perampokan dan musik dianggap halal,

  • Banyaknya kemusyrikan di kalangan umat Islam,

  • Budak wanita melahirkan tuannya,

  • Orang tua banyak yang bersikap seperti anak muda,

  • Tersebarnya penyakit kikir dan bakhil,

  • Banyak perdagangan dan pasar makin berdekatan,

  • Mengucapkan salam hanya kepada orang yang dikenalnya,

  • Lenyapnya orang-orang shalih,

  • Banyaknya kebohongan dan sumpah palsu,

  • Banyaknya kematian mendakak,

  • Wanita-wanita berpakaian tetapi telanjang,

  • Banyak hujan tapi tumbuh-tumbuhan hanya sedikit,

  • Banyak huru-hara dan pembunuhan,

  • Disia-siakannya amanat,

  • Munculnya orang-orang yang mengaku sebagai nabi, bahkan jumlahnya mencapai 30 orang,

  • Banyaknya kaum wanita dan sedikitnya kaum pria, hingga perbandingan mencapai 50 banding 1,

  • Banyaknya perbuatan keji, pemutusan silaturrahmi dan buruknya hubungan antara tetangga,

  • Dihilangkannya ilmu dan kebodohan merajalela,

  • Orang-orang gunung berlomba-lomba dalam membangun gedung,

  • Sering terjadinya gempa bumi, perubahan muka, dan kerusuhan,

  • Orang yang hina diberi kedudukan yang terhormat, dan sebagainya.

Urutan waktu dan peristiwa-peristiwa yang sedang kita nantikan, seperti terlihat di bawah ini:

PERANG AKHIR ZAMAN (ARMAGEDDON)

image Secara tekstual, tidak satu haditspun yang menyebut lafadz Armageddon. Jika yang dimaksud dengan Armegeddon adalan perang persekutuan Internasional yang mencakup agama dan politik, maka sabda nabi yang mengisyaratkan akan hal itu adalah “Kalian akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman. Lalu kalian akan berperang bersama mereka melawan satu musuh dari belakang mereka. Lalu kalian selamat (menang) dan akan mendapatkan harta rampasan perang.” (Hadits shahih diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah. dishahihkan oleh Al Albani)

MUNCULNYA IMAM MAHDI

Nama beliau Muhammad bin Abdullah Al Mahdi Al Fathimi Al Quraisy. Beliau adalah keturunan Rasullulah dan termasuk salah satu Khulafaur Rasyidin.

Imam Mahdi Al Muntadzar bukanlah sebagaimana yang diklaim oleh kelompok Syi’ah yang pernah masuk ke gua Sardeb saat berusia 5 tahun dan akan keluar di akhir jaman. Beliau adalah keturunan Rasulullah sebagaimana yang banyak disebutkan dalam banyak hadits shahih.

Beliau menetap di bumi antara 7 sampai 9 tahun, memerangi musuh-musuh Islam dan fitnah Dajjal. Imam Mahdi muncul dan arah timur, kemunculannya dimasa perjanjian damai antara kaum muslimin dengan bani Ashfar, hingga akhirnya mereka mengkhianati kaum muslimin, selanjutnya beliau menjadi pimpinan tertinggi dalam seluruh pertempuran berikutnya.

Beliau muncul saat wafatnya seorang khalifah, kemudian ia keluar menuju Makkah dan di kejar-kejar oleh satu pasukan dari umat Muhammad, hingga apabila sampai disebuah tempat yang bernama Al Baida, pasukan itu ditelan bumi. Kemudian Imam Mahdi di bai’at oleh kaum muslimin antara sudut Ka’bah dan maqam Ibrahim.

Rasulullah bersabda: “Jika kamu melihatnya maka berbai’atlah walaupun harus merangkak di atas salju, karena dia adalah khalifah Allah al Mahdi (HR Ibnu Majah, shahih).

Dengan demikian keberadaan Imam Mahdi belum bisa diketahui hingga ada satu pasukan yang mengejar seorang Arab, namun Allah menenggelamkan mereka di Al Baida’. Dengan begitu dapat dipastikan bahwa yang dikejar-kejar adalah Imam Mahdi, higga berbondong bondong kaum muslim memaksanya untuk dibai’at.

Hadits-hadits tentang Imam Mahdi:

“Al Mahdi adalah dari golongan kami, ahli bait. Allah akan mengishlahnya hanya dalam satu malam”. (HR. Ahmad: 2:58, Ibnu Majah: 2:1367).

image “Al Mahdi adalah keturunanku, lebar dahinya dan mancung hidungnya. Ia memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kedzaliman dan penganiayaan. Ia akan berkuasa selama tujuh tahun” (HR. Abu Daud 11:375. Al Hakim: 4:557, shahih).

Imam Mahdi adalah Khallfah Rasyidah ‘ala Nahji Nubuwah yang dijanjikan oleh nabi akan muncul di akhir zaman.

Dalam hal ini sebagian ulama berbeda pendapat tentang Khilafah Rasyidah terakhir, apakah ia Imam Mahdi ataukah lainnya, namun dengan mengkompromikan antara hadits Imam Mahdi dan Khaliafah ‘ala Nahjin Nubuwah, sebagian ulama menyimpulkan bahwa Imam Mahdi adalah Khilafah ‘ala Nahji Nubuwah itu sendiri. Hadits tersebut adalah dari Qais bin Jabir Ash Shadafi dari ayahnya dari kakeknya secara marfu’.

”Setelah zamanku, akan muncul para khalifah, di mana setelah para khalifah akan muncul pada akhir dan setelah para amir akan muncul para raja. Setelah para raja akan muncul para diktator, kemudian muncullah seorang laki-laki yang berasal dari umatku yang akan memenuhi bumi dengan keadilan, sebagaimana sebelumnya dipenuhi oleh kedzaliman …” (HR. Thabrani dalam Al Kabir, lbnu Mandah, Abu Na’im dan Ibnu Asakir, juga disebutkan oleh lbnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Bari Juz 13, Kitab Al Ahkam halaman 214)
Hadits hadits tentang Imam Mahdi mencapai derajat mutawatir maknawi.


PERANG MELAWAN SEMENANJUNG ARABIA

image Mereka adalah suku Quraisy yang dipimpin oleh seorang laki-laki yang bernama Sufyani, di mana ia meminta bantuan kepada suku para pamannya, yakni suku Kalab. Namun Imam Mahdi berhasil mengalahkan mereka.

Sabda Nabi: “Kamu akan memerangi semenanjung Arabia, lalu Allah akan menaklukkan nya untukmu. Setelah itu Persia, dimana Allah akan menaklukkannya untukmu. Kemudian Rum, dimana Allah akan menaklukkannya untukmu. Kemudian kamu akan memerangi dajjal, dan Allah akan menaklukkannya untukmu”. (HR Muslim).

Peperangan ini terjadi pada masa pengkhianatan Rum dan ketika mereka sedang mengumpulkan kekuatan untuk memerangi kaum muslimin.

PERANG MELAWAN PERSIA

image Rasulullah bersabda: ”Kalian akan memerangi negeri Persia, dan Allah akan menakluk kannya untukmu”. (HR Muslim)

Menurut sebagian pendapat mereka adalah kelompok Syi’ah Iran (Persi) yang merupan musuh Ahlul Sunnah. Kaum Syi’ah merasa jengkel karena Imam Mahdi yang muncul bukan salah satu dari imam 12 yang dijanjikan kepada mereka. Mereka berangkat untuk memerangi Al Mahdi dan pasukannya, namun dalam peperangan ini, Imam Mahdi berhasill mengalahkan mereka.

PENGKHIANATAN RUM DAN KEDATANGAN MEREKA UNTUK MENYERANG

image Kaum Rum menghianati kaum muslim setelah perang akhir zaman, mereka menyusun makar untuk menyerang kaum muslimin dengan mengerahkan 80 bendera yang masing masing masing bendera terdiri dari 12.000 tentara.

Rasulullah bersabda: “Kalian akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman. Lalu kalian akan berperang bersama mereka melawan satu musuh dari belakang mereka. Lalu kalian selamat (menang) dan akan mendapatkan harta rampasan perang. Kemudian kalian akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit- bukit. Maka berdirilah seorang laki laki dari kaum Rum, lalu ia mengangkat tanda salib dan berkata, “Salib telah menang”. Maka datanglah kepadanya seorang laki-laki dari kaum muslimin dan membunuh laki-laki Rum tersebut. Lalu kaum Rum berkhianat dan terjadilah, di mana mereka akan menghadapi kalian di bawah 80 bendera, dan tiap-tiap bendera terdapat 12.000 tentara”. (Diriwaytkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, di shahihkan oleh Albani dalam mentahqiq hadist-hadist misykat No. 5452).

MALHAMAH KUBRA

image Ini merupakan pertempuran terdahsyat yang terjadi antara kaum muslimin dengan Rumawi. Dalam pertempuran ini kedua belah pihak bertempur tidak lagi menggunakan senjata modern, namun hanya menggunakan kuda dan pedang. Karena seluruh senjata modern musnah dalam peristiwa perang besar Akhir zaman (Armageddon).

Pertempuran besar (Al Malhamah Kubra) terjadi di sebuah daerah yang bernama Ghutah dekat Damasykus, di mana tempat itu menjadi pusat kaum muslimin saat itu. Perang ini dipimpin langsung oleh Imam Mahdi. Kaum Rum bergerak menuju Syiria dan turun di kota A’maq atau Dabiq, dalam sebuah kumpulan tentara dengan 80 bendera, setiap bendera terdapat 12.000 tentara.

Perang Al Malhamah Kubra terjadi selama 4 hari berturut turut, 1/3 dan kaum muslimin melarikan diri dari pertempuran, yang mana dosa mereka tidak akan diampuni oleh Allah. Dan 1/3 lagi mendapatkan syahid, dan sisanya yang 1/3 akan mendapatkan kemenangan yang mana mereka tidak akan tersesat untuk selama amanya. (Shahih Muslim dalam Al Fitan wa Asyratus sa’ah 18/21-22).

Dalam hadits lain disebutkan, “Pada waktu pertempuran itu akan terjadi kemurtadan yang sangat banyak. Kemudian kaum muslimln maju dengan suatu pasukan depan yang berani mati (syurthah), yang tidak akan mundur kecuali dalam keadaan menang. Lalu mereka terus bertempur hingga mereka terhalang oleh malam. Maka setiap pihak mendapatkan harta rampasan perang, hingga tidak ada yang di/katakan sebagai pihak yang menang, dan akhirnya pasukan muslimin itu hancur. Kemudian kaum muslimin maju dengan satu pasukan berani mati, yang tidak akan kembali kecuali dalam keadaan menang mereka terus bertempur hingga mereka terhalang oleh malam. Maka setiap pihak mendapatkan harta rampasan perang, hingga tidak ada yang dikatakan sebagai pihak yang menang, dan akhirnya pasukan muslimin itu hancur. Kemudian kaum muslimin maju dengan satu pasukan berani mati, yang tidak akan kembali kecuali dalam keadaan menang, mereka terus bertempur sampai senja. Maka setiap pihak mendapatkan harta rampasan perang, hingga tidak ada yang dikatakan sebagai pihak yang menang, dan akhirnya pasukan muslimin itu hancui. Maka ketika telah sampai hari ke empat, bangkitlah seluruh umat Islam, lalu Allah menimpakan bencana terhadap mereka (kaum Rum) dan terbunuhlah meneka dengan dahsyatnya, hingga tidak pernah dilihat oleh orang sebelumnya. Sehingga apabila bunung melewati kawasan mereka, maka burung itu akan mati sebelum melewati mereka”. (HR. Muslim dari Jabir)


PENAKLUKAN KONSTANTIN

image Keunikan peristiwa ini adalah ditaklukkannya Konstantin tanpa menggunakan pedang dan panah, namun hanya menggunakan tahlil dan takbir. Peristiwa ini terjadi berbarengan dengan munculnya Dajjal.

Rasulullah bersabda: “Apakah kalian pernah mendengar suatu kota yang sebagiannya terletak di darat dan sebagiannya di laut?” Para sahabat menjawab, “Pernah wahai Rasulullah”. Beliau berkata, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ia diserang oleh 70.000 orang dari Bani Ishaq. Ketika mereka telah di sana, maka mereka pun memasukinya. Mereka tidaklah berperang dengan senjata dan tidak melepaskan satu anak panahpun. Mereka hanya berkata Laa ilaaha ilallah wallahu akbar, maka jatuhlah salah satu bagian dan kota itu. Kemudian mereka berkata kedua kalinya Laa ilaaha ilallah wallahu akbar, maka jatuhlah bagian yang lain. Kemudian mereka berkata lagi Laa ilaaha ilallah wallahu akbar, maka terbukal/ah semua bagian kota itu. Lalu mereka memasukinya. Ketika mereka telah membagi-bagikan harta rampasan perang, tiba tiba datanglah seseorang yang berteriak, “Sesungguhnya Dajjal telah keluar”. Kemudian mereka meninggalkan segala sesuatu (dari ghanimah itu) dan kembali”. (HR. Muslim dalam Kitabul Fitan wa Asyratus Sa’ah).


MUNCULNYA DAJJAL

image image
ANNUIT COEPTIS
(Semoga dia senang dengan konsep ini)
“dia” yang dimaksud adalah Dajjal
EUVUS ORDO SECLORUM
(Tatanan Dunia Baru) = Kosep Dajjal

Ia keturunan Adam, tubuhnya gemuk, kulitnya merah, rambutnya keriting dan lebat, matanya buta sebelah, seperti buah anggur yang tersembul. Di antara kedua matanya terdapat tulisan ka fa ra. Sifat sifat inilah yang sangat nampak, sehingga jika ia muncul maka setiap orang yang beriman akan mengenalinya dan tidak terfitnah olehnya.

Ia merupakan fitnah terbesar yang akan dihadapi kaum muslimin. Tidak ada fitnah yang lebih dahsyat darinya. Masa hidup Dajjal di bumi untuk menebar fitnah adalah 40 hari. Satu hari pertama seperti setahun, satu hari kedua seperti satu bulan dan satu hari ketiga seperti satu pekan, hari berikutnya sama seperti hari-hari biasanya.

Dajjal akan keluar dari arah Timur, dari Khurasan kampung Yahudiyah kota Ashbahan, ia akan keluar mengembara ke seluruh penjuru dunia. Ia akan keluar bersama 70.000 Yahudi yang menggunakan pakaian jubah tidak berjahit. Maka tidak ada satupun negri yang tidak dimasukinya kecuali Makkah dan Madinah, karena kedua kota itu selalu dijaga oleh Malaikat.

Di antara fitnah Dajjal adalah:

Ia akan membawa surga dan neraka di tangannya, sehingga banyak orang yang tertipu. Sesungguhnya surga Dajjai adalah Neraka Allah yang amat panas, sedangkan neraka Dajjal adalah Surga Allah yang dingin. Rasulullah mengingatkan jika kita melihatnya agar memejamkan mata dari memasuki nerakanya, karena yang nampak sebenarnya adalah air yang dingin. (HR. Muslim: 18:61).

image image

Dajjal akan melewati seluruh negri, setiap tempat yang dilewatinya lalu penduduknya beriman kepadanya, maka negni tersebut akan subur dan tumbuh tanaman dan binatang ternaknya. Namun jika penduduknya mengingkaninya, maka Dajjal akan menjadikan negri tersebut gersang, kering, tumbuhan dan binatang ternaknya mati kelaparan.

Rasulullah memenintahkan kita untuk berdoa memohon perlindungan dari Dajjal, di antaranya dengan membaca 10 awal dan akhir dari surat Al Kahfi, atau masuk ke kota Makkah dan Madinah atau naik ke puncak puncak gunung.


TURUNNYA ISA DAN TERBUNUHNYA DAJJAL

Tatkala Dajjal melihat Isa, maka tubuhnya meleleh seperti melelehnya garam dalam air, kemudian ia tenbunuh oleh nabi Isa dengan pedangnya di pintu Lodd. (Majma’u Zawaid: 7:344)

image Rasulullah menggambankan ciri-cirinya, ia bertubuh sedang, tidak tinggi dan tidak pendek, berkulit merah dan berbulu, dadanya bidang, rambutnya lurus seperti orang yang baru keluar dari pemandian, dan rambutnya itu sampai di bawah ujung telinga yang disisir rapi dan memenuhi kedua pundaknya. (Tanda Tanda Kiamat, Yusuf Wabil: 251)

Nabi Isa akan tunun ke dunia di menara timur Damsyiq, di saat kaum muslimin hendak mengerjakan shalat berjama’ah. Turunnya Isa dengan diapit dua malaikat (beliau meletakkan kedua tapak tangannya di sayap dua malaikat). Ia mengenakan dua pakaian yang dicelup dengan minyak waras dan za’faran. Bila beliau menundukkan kepala, maka turunlah rambutnya (seperti tetesan air) dan bila diangkat kelihatan landai seperti mutiara. Tidak ada orang kafir yang mencium nafasnya kecuali ia akan mati, dan nafasnya itu sejauh pandangan matanya. (HR. Muslim Bab Dziknud Dajjal: 18 167-68)

Beliau turun pada kelompok yang diberi pertolongan Allah, yaitu saat shalat sedang diiqamati, lantas beliau shalat di belakang kaum muslimin bersama Imam Mahdi. Setelah mengerjakan shalat, beliau memimpin perang melawan Dajjal yang diikuti oleh 70.000 Yahudi.

PERANG MELAWAN YAHUDI

Perang ini merupakan perang terakhir antara kaum muslimin dengan orang orang Yahudi. Dalam perang ini pemimpin mereka “Dajjal” terbunuh, hingga seluruh Yahudi juga akan terbunuh sebanyak 70.000 orang.

Rasulullah bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, lantas batu dan kayu itu berkata, “Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah ia”, kecuali pohon Gharqad (yang tidak berbuat demikian) karena ia termasuk pohon Yahudi”. (HR. Bukhari dan Muslim)

PENAKLUKAN ROMA

Sesuai dengan sabda Nabi bahwa bangsa Roma ditaklukkan setelah penaklukan Konstantinopel. (HR. Ahmad :2/176). Adapun perang menaklukkan Turki dan Roma, terjadi setelah itu. Nabi bersabda, Tidak akan datang kiamat sehingga kamu akan memerangi bangsa Khuz dan Karman dari kalangan Ajam (non arab), yang wajahnya kemerah-merahan, pesek hidungnya, sipit matanya dan mukanya seperti perisai yang lengkung. (HR. Bukhari, Bab Alamah Nubuwwah: 6/604)

PERANG DENGAN BANGSA TURK

Ada yang berpendapat bahwa bangsa Turk saat ini orang-orang China, Rusia, Jepang, Mongol dan yang sejenis dengan mereka. Rasulullah bersabda tidak akan terjadi Kiamat sehingga kamu memerangi kaum yang terompah mereka terbuat dan bulu, dan sehingga kamu memerangi bangsa Turk yang bermata sipit, bermuka merah, berhidung pendek (pesek), mukanya seperi perisai yang lengkung”(HR. Bukhari: 6/604)

MUNCULNYA YA’JUJ DAN MA’JUJ

Mereka adalah keturunan Yafidz, ayah Tark, dari Nabi Nuh (An Nihayah: 152-152). Mereka turun ke dunia untuk berbuat kerusakan, tidak ada satupun manusia sanggup untuk melawannya, hingga akhirnya nabi Isa berdoa kepada Allah agar membinasakan nya.

Mereka adalah suatu kaum yang buas dan beringas yang akan turun dari yang tinggi. Saat mereka turun, mereka mendatangi danau Thabariah dan meminum habis semua airnya. Saat itu Nabi Isa dan kaum muslimin bertahan di gunung dan tidak mampu menghadapinya. Hingga Kaum muslimin memohon kepada Nabi Isa untuk berdoa agar Allah membinasakan mereka. Nabi Isa pun berdoa, akhirnya Allah mengirimkan ulat dari langit yang menggerogoti tubuh mereka. Kaum Ya’juj dan Ma’juj pun mati seketika seperti matinya seorang saja. Kemudian Allah mengirimkan air hujan hingga membawa bangkai-bangkai mereka ke lautan.

Saat ini Kaum Ya’juj dan Ma’juj masih berada di dalam dinding yang dulu pernah di bangun oleh Raja Dzulqarnain dengan menggunakan besi dan tembaga yang dicor. Menurut sebuah riwayat, dinding tersebut terletak di sebuah pegunungan Kaukakus antara Turki dan Rusia. Dan dinding tersebut tidak akan hancur kecuali setelah datangnya janji Allah kepada mereka, yaitu di akhir masa Nabi Isa dan Imam Mahdi. (Lihat Tanda- tanda Kiamat: 273-285).

MASA-MASA AMAN

Masa masa aman ini mulai terjadi di akhir masa kehidupan Nab Isa dan Imam Mahdi, yaitu setelah Nabi Isa menghancurkan salib, membunuh babi, menolak upeti dan melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mau menerima pemberian (hibah). Kemudian Nabi Isa memadamkan segala sebab peperangan, dan manusia akan hidup dalam suatu masa yang belum pernah dirasakan sebelumnya. Maka terhapuslah rasa iri, dengki dan permusuhan, setiap binatang berbisa tidak lagi berbisa, hingga seorang anak yang memasukkan tangannya ke mulut ular akan merasa aman, serigala yang bersama domba tidak akan menerkam, binatang buas seperti singa dan lainnya akan menjadi jinak, bumi akan menebarkan keberkahan dan menurunkan kebaikannya.

WAFATNYA ISA DAN IMAM MAHDI

Nabi Isa dan Imam Mahdi hidup satu masa. Setelah tujuh tahun tinggal di dunia, maka Allah mewafatkan keduanya. Mereka akan dishalati oleh orang-orang muslim. (HR Ahmad: 2:406, Fathul Bari: 6:493)

TERBITNYA MATAHARI DARI BARAT

Sebelum terbitnya matahari dari barat, ia akan didahului oleh waktu malam yang sangat panjang, hingga disebutkan bahwa seorang muslim telah mengerjakan shalat malam hingga letih dan telah tidur hingga pulas, namun subuh belum juga menjelang. Jika ini telah dirasakan, pertanda bahwa esok pagi matahari akan terbit dan barat. Peristiwa ini hanya terjadi satu hari, keesokannya matahari akan terbit sebagaimana biasanya. (Lihat Fathul Bari Kitabur Riqaq juz II)

Rasulullah bersabda: “Tidak akan terjadi Kiamat … hingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari terbit dari barat. maka berimanlah semua manusia. Maka saat itulah ketika iman seseorang tidak bermanfa ‘at lagi bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. (HR. Bukhari 13:81-82)

KELUARNYA BINATANG BUMI YANG DAPAT BERBICARA

Binatang tensebut akan keluar dari Makkah Mukarramah, dari masjid yang terbesar (Majma’u Zawa’id: 6-8). Dia akan keluar tiga kali, pertama di lembah, kemudian sembunyi, lalu keluar di suatu desa, kemudian sembunyi dan yang ketiga akan muncul dari Makkah. (Tazkinah: 697)

”Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami”. (QS. An Naml : 82)

“Akan muncul binatang itu dengan membawa tongkat Musa dan cincin Sulaiman, lalu memberi tanda kepada orang-orang kafir”. (HR. Ahmad 15:79-82, shahih)

Binatang itu akan membeii tanda pada setiap manusia, hingga nampak siapa yang beriman dan siapa yang kafir.

KELUARNYA ASAP

Asap ini akan menyebabkan seorang mukmin seperti demam, sedang kepada onang kafira kan menyebabkan seperti melepuh dan keluar asap dari telinganya (Tafsir Ath Thabani: 25/114)

Asap ini muncul sebagai peringatan awal bagi orang-orang kafir, ia akan berjalan selama 40 hari dan meliputi seluruh manusia.Oleh karena itu, setelah kemunculan asap ini, akan datang angin yang lembut dari arah Yaman yang akan mencabut nyawa setiap orang mukmin.

DATANGNYA ANGIN LEMBUT YANG BERTIUP UNTUK MENGAMBIL ARWAH ORANG MUKMIN

Dalam sebuah hadits disebutkan, “Tiba-tiba Allah mengirimkan angin yang baik, lantas menerpa mereka lewat ketiak mereka, kemudian mengambil ruh tiap-tiap orang mukmin dan muslim, dan tinggallah manusia manusia jahat yang keadaannya kacau balau seperti himar. Maka pada zaman mereka itulah kiamat terjadi.” (HR. Muslim, Bab Dzikru Dajjal 18:70)

Angin ini datang dari arah Yaman, dan dalam riwayat lain disebutkan dar arah Syam. Setelah kejadian ini tidak ada lagi manusia yang menyebut lafadz Allah. Kejahatan menyebar di seluruh muka bumi, sampai-sampai seseorang menerkam wanita dan menzinanya di tengah jalan, sehingga orang terbaik saat itu berkata, alangkah baiknya jika aku melihat wanita tersebut di balik tembok ini. Ia tidak mengingkari, namun menganjurkan agar tidak mengerjakannya terang-terangan. (Lihat Majma’ Zawaid, 7:331).

PENGHALALAN BAITULLAH DAN PENGHANCURAN KA’BAH

Peristiwa in terjadi setelah tidak ada lagi seorang mukminpun di muka bumi. Setelah penghancuran ini Kabah dan Baitullah tidak akan dimakmurkan lagi selama-lamanya. Yang menghancurkan Ka’bah adalah seorang laki laki botak dari Habasyah bernama Dzu-Suwaiqataini. Ia menghancurkan Ka’bah, merusak perhiasannya, melepas kiswahnya dan mengambil batunya satu persatu dengan sekop dan cangkul. (Lihat Musnad Ahmad: 15/227, Bukhari Bab Hadmil Ka’bah: 3/460, Silsilah Ahadits As Shahihah: 2/120 hadits no.579)

KEHANCURAN MADINAH DAN KELUARNYA SELURUH MANUSIA DARINYA

Peristiwa ini terjadi menjelang terjadinya goncangan dahsyat di tiga wilayah. Ia juga berdekatan dengan peristiwa api besar yang akan menggiring manusia menuju mahsyar. Saat itu Kota Madinah tidak lagi dihuni manusia, bahkan ada anjing atau srigala yang memasukinya lalu kencing di tiang masjid atau di mimbar. Seluruh buah-buahan pada waktu itu hanya dimakan burung burung dan binatang buas. Dalam sebuah riwayat disebutkan, “Dan orang yang paling akhir dikumpulkan (oleh api menuju mahsyar-ed) adalah dua orang pengembala dan Muzayanah yang hendak ke Madinah dengan berteriak-teriak mencari kambingnya, kemudian ia menjumpai kambingnya yang ternyata sudah menjadi liar”. (HR. Bukhari :4/89-90). Lihat : Al Muwaththa 2/888.

PEMBENAMAN BUMI DI TIMUR, BARAT DAN TANAH ARAB

Ketiga tanda ini tidak akan dialami oleh orang mukmin, karena mereka telah wafat sebelumnya disebabkan angin yang datang dari arah Yaman. Sesungguhnya kiamat
baru akan terjadi pada seburuk-buruk manusia.

MUNCULNYA API YANG MENGGIRING MANUSIA KE MAHSYAR

Rasulullah bersabda: “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Yaman dan menggiring manusia ke tempat berkumpul mereka” (HR. Muslim, Kitabul Fitan wa Asyratus Sa’ah: 18:27-29)

Api tersebut tidak akan membiarkan seorang kafirpun, akan tetapi ia akan menggiring manusa menuju Mahsyar dengan sejadi-jadinya. Maka barang siapa yang terlambat di belakang, ia akan terbakar. Api tersebut akan menggiring mereka ke bumi Mahsyar di Syam. Dalam hal ini manusia menjadi tiga kelompok, ada yang penuh harapan, mereka makan dan berpakaian, satu lagi berjalan dan berlari, dan satu lagi akan terseret mukanya dan digiring ke api. (HR. Ahmad:5/164-165)

BERDIRINYA KIAMAT, PENIUPAN SANGKAKALA DAN KEHANCURAN ALAM SEMESTA

Pada tiupan pertama, hancurlah seluruh alam semesta inii dengan seluruh isinya. Allah berfirman, “Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa saja yang ada di langit dan di bumi kecuali siapa-siapa yang dikehendaki oleh Allah”. (QS. Az Zumar: 68)

PENIUPAN KEDUA DAN KEBANGKITAN SELURUH MAKHLUK SERTA
BERKUMPULNYA MEREKA DI MAHSYAR

Pada tiupan kedua, bangkitlah seluruh makhluk untuk bersiap-siap memasuki alam padang Mahsyardi akhirat.

Terompet atau sangkakala adalah seruling yang bentuknya seperti tanduk besar yang siap ditiup oleh malaikat Israfil yang menunggu kapan diperintahkan untuk meniupnya. Tiupan yang pertama adalah untuk mengejutkan manusia dan membinasakan mereka dengan kehendak Allah.

“Dan ditiuplah sangkakala maka matilah semua yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki oleh Allah”. (QS. Az Zumar: 68)

Tiupan ini akan menimpa seluruh alam dengan guncangan yang keras dan hebat, sehingga merusak seluruh susunan alam yang sempurna ini. Ia akan membuat gunung menjadi rata dan melumat bumi dengan selumat-lumatnya, membuat laut saling beradu dan mengeluarkan api, bintang bertabrakan, matahari akan digulung, lalu hilanglah cahaya seluruh benda benda di alam semesta, setelah itu keadaan alam semesta kembali seperti ketika awal penciptaannya. Allah menggambarkan kedahsyatan saat kehancuran tersebut sebagaimana firman-Nya: “Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari(ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat keras”. (QS.Al Hajj:1-2)

Sedangkan pada tiupan kedua adalah tiupan untuk membangkitkan seluruh manusia; “Dan tiuplah sangkakala (kedua), maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Rabb mereka. (QS. Yaa Siin:51).

Rasulullah bersabda, “Kemudian ditiuplah sangkakala, di mana tidak seorangpun yang tersisa kecuali semuanya akan dibinasakan. Lalu Allah menurunkan hujan seperti embun atau bayang-bayang, lalu tumbuhlah jasad manusia. Kemudian sangkakala yang kedua ditiup kembali, dan manusia pun bermunculan (bangkit) dan berdiri”. (HR Muslim), lihat juga Syah Lum’atul I’tiqad oleh Syaik Utsaimin).

Allahu A’lam bisshawab ….

(Sumber: Kelompok Telaah Kitab Ar-Risalah (KTKA), editor Abu Fatiyah Adnani, diterbitkan oleh Gradana Production Solo, Indonesia dengan referensi Umur Umat Islam, Muhammad Amin Jamaluddin; An Nihayah fil Fitan wal Malahim, Al Hafidz Ibnu Katsir; Asyratus Sa’ah, Muhammad Yusuf Al Wabil; Al Yaum Al Akhir, Dr. Umar Sulaiman Al Asyqar; Tadzkirah, Imam Qurthubi; Syarah Akidah Thahawiyah, Ibnu Abil Izz al Hanafi, dan lain-lain)

Ya Allah Ya Rabb … Ampuni kami hamba-Mu yang da’if ini, Engkau-lah Yang Maha Mengetahui dari apa-apa yang kami tidak ketahui, Engkau Maha Benar dalam firman-firman-Mu dan membenarkan sabda-sabda Nabi-Mu yang Engkau telah pilihkan kepada kami menjadi umatnya, Rasulullah Muhammad SAW.